- menyedari dan menginsafi betapa besarnya anugerah Allah s.w.t diutusnya Nabi Muhammad s.a.w kepada kita. Dahulunya kita terbenam ke dalam lumpur jahiliah, yang tidak mengetahui kadar kejahilan dan kesesatannya kecuali Allah s.w.t.
2.Apabila kita mengkaji sejarah hidup Rasulullah s.a.w melalui al-Quran, sunnah, dan kitab-kitab sirah, maka dari situ kita akan menemui bahawa baginda adalah seorang insan pilihan yang paling mulia yang betul-betul kedatangannya menjadi rahmat bagi sekalian alam. dengan demikian, kecintaan kita terhadap baginda semakin bertambah.
3. Sesungguhnya ibadah kita tidak akan sempurna kecuali dengan adanya kecintaan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Orang yang tidak sempurna kecintaannya kepada baginda dan ketaatannya kepada sunnah-sunnah baginda, pastilah tidak akan sempurna pula ibadahnya.
No comments:
Post a Comment