Assalamualaikum
apa yang ingin sy sampaikn adalah tips ketika marah..cuba kita perhatikan keadaan kita ketika marah, teruk tak?
dalam keadaan marah kita bermain dgn pelbagai spekulasi..kdg2 tanpa kita sedar dalam kemarahan membuatkan orang lain semakin memulau kan kita..bila marah je kita nk tengking, meninggikan suara, memaki hamun, campak-campak barang dan byk lagi kelakuan di luar batasan..
sebab apa berlakunya hal sebegini rupa..ini adalah kerana tindakan yang terlalu mengikut nafsu syaitan yang sentiasa mendampingi ketika kita berada di dalam keadaan luar kawalan.
Ayuh!! kita ingat semula soalan yang di tujukan oleh imam al-Ghazali kepada muridnya..
==>> Apa yang paling besar di dunia ini?
>>NAFSU<<
kerna nafsu menguasai diri, menyebabkan manusia gagal menggunakan akal, mata, telinga dan hati yang di kurniakan oleh Allah s.w.t utk hidup berlandaskan kebenaran..
untuk meredakan kemarahan tersebut terdapat beberapa tips yang mampu mengubah keadaan tersebut..jika kita dalam keadaan marah
- sambut kemarahan itu dengan senyuman
- tidak perlu banyak bicara, diam itu lebih baik dan berdoa agar di berikan kesabaran yang berpanjangan..dan jauh dari sifat marah
- fikirkan secara tenang dan logik kenapa berlakunya situasi berikut
- bykkan istighfar dan usap dada, kawal pernafasan agar tenang dan sabar
- berlawak jenaka, lakukan sesuatu yang mampu membuat kita gelak dan tersenyum
- tukar kedudukan, jika berada dalam keadaan duduk kita berdiri, jika dlm keadaan duduk kita baring
- jika tidak mampu juga meredakan kemarahan itu, maka bersegera mengambil wuduk yang dapat menenangkan api yang sdg membara
begitulah beberapa tips yang mampu sy kongsikan..agar tips tersebut mampu membantu anda dan sy dr tekanan kemarahan..
= =, jangan marah-marah nanti kena jual..hehe C:

No comments:
Post a Comment