Showing posts with label kata-kata hikmah. Show all posts
Showing posts with label kata-kata hikmah. Show all posts

Friday, June 1, 2012

don't give up

Assalamualaikum
syukur alhamdulillah hr ni cuaca elok, cantik C:

"sesungguhnya kesulitan itu ada kemudahan" Al-Insyirah 5-6

tiada manusia yang sempurna, setiap orang ada kelebihan dan kekurangan, jika kita ada kekurangan insyaAllah pasti ada kelebihan yang tersurat dan tersirat, begitu la fitrah manusia, semua ini ketentuan Illahi
bersikap mudah berputus asa bukan pengakhiran yang selamat atau baik, bilamana menyerah kalah atau putus asa terlalu pantas bak kilat di  langit sana..
kita anjakan paradigma ..bersikap optimis dan  jgn putus asa/ laa taisuu..kesenangan xkan berpanjangan, begitu juga kesusahan pasti ada kesenangan, kesulitan ada kemudahan, jangan di fikir derita akan berpanjangan kelak merana tiada guna.
sy ambil sedikit kata-kata Albert Einstein - "if u can't explain it simply, u don't understand it well enough" 
cuba untuk menerangkan dgn baik, insyaAllah anda pasti memahami dgn baik di mana keputusan yang positif perlu di ambil dan di suntik kedalam diri menjadi ubat putus asa itu. 
masih belum terlambat lagi tuk anda membuka kotak fikiran yang masih tertutup..cuba sedaya upaya mencari penyelesaian dgn tenang..dan ingat!! Allah sentiasa bersama kita..mintalah petunjuk drNYA
" laa taiasuu min rahmatillah " jangan berputus asa dari rahmat Allah C:

you are what u think, you are what u doing 

Wednesday, December 21, 2011

CinTa sEbEnaRnya..










CiNtA tAK pErNah mEMbaWA kITA ke Mana,
AndaI cinTa ITU bUkAN dAlam LinGkUNgAn yG ALLAH rEdHai,
TiAda CinTA yAnG ALLAH bENArkAN KeCuALi selEpAS Tali PerKahWiNAN yang MeNgIKaTkANNyA..

Saturday, March 19, 2011

Ya Allah, Labuhkan Cintaku PadaMU



















Dengan nama-Mu Ya Allah..
Yang Maha Mengasihani lagi Maha Mencintai…
Aku mulakan kalam cinta indah ini..
Khas dan ikhlas buat-Mu Tuhanku..

Allah..
Rasa cinta ini semakin memakan hatiku..
Sakit dan pedih itu tidak terlafaz..
Cintaku diremuk oleh si pendusta cinta..
Setelahku memilih yang wangi sekejap..
Engkau saja yang faham akan hati redamku ini..

Allah..
Setinggi kesyukuran ku panjatkan kepada-Mu…
Kerana memberikan seorang pencinta-Mu kepadaku…
Tapi sekarang..dia tiada lagi…
Mengejar cinta-Mu yang pasti..
Meninggalkanku menanti yang tidak pasti…

Allah..
Kini aku keseorangan…
Rasa sunyi menghimpit jiwa ini..
Rasa kosong membelenggu hati ini…
Sehingga Kau hadirkan rasa sedar..
Cintaku hanya untuk-Mu ya Allah..
Alhamdulillah..

Allah..
Labuhkanlah cintaku pada-Mu…
Agar terisi jiwaku dengan cinta-Mu..
Agar terisi hatiku dengan pancaran nur-Mu..
Agar terisi hidup kosongku ini dengan menggapai redha-Mu..
Agar terisi jalan cerita hidupku dengan menggapai cinta abadi-Mu..

Allah..
Labuhkanlah cintaku pada-Mu..
Agar jiwaku terpelihara dari maksiat..
Agar hatiku terpelihara dari dosa..
Yang menjadi hijab antara aku dengan pahala..
Agar pengembaraan aku sebagai seorang khalifullah..
Sentiasa dilimpahi barakah dan rahmah..
berlandaskan cinta hakiki daripada-Mu..
Kerana aku juga ingin menjadi pengabdi cinta Illahi..

Tuesday, February 22, 2011

Bingkisan D_O_A














Ya Allah… Seandainya telah engkau catatkan… Dia milikku tercipta buatku… Satukanlah hatinya dengan hatiku… Titipkanlah kebahagian antara kami…. agar kemesraan itu abadi… Dan ya Allah… ya tuhanku yang maha mengasihi… Seiringkanlah kami melayari hidup ini… Ketepian yang sejahtera dan abadi…


Tetapi ya Allah… Seandainya telah engkau takdirkan… dia bukan miliku… Bawalah ia jauh dari pandanganku… Luputkanlah ia dari ingatanku… Dan peliharalah aku dari kekecewaan….


Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti… Berikanlah aku kekuatan… Melontar bayangannya jauh ke dada langit… Hilang bersama senja nan merah… agar aku bahagia… Walaupun tanpa bersama dengannya…


Dan ya Allah yang tercinta… Gantillah yang telah hilang… Tumbuhkanlah kembali yang telah patah… Walaupun tidak sama dengan dirinya…


Ya Allah ya tuhanku… Pasrahkanlah aku dengan takdirmu… Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan… Adalah yang terbaik buat ku… kerana Engkau maha mengetahui… Segala yang terbaik buat hamba Mu ini…


Ya Allah… Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku… Di dunia dan di akhirat… Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini… Jangan engkau biarkan aku sendirian… Di dunia ini mahupun di akhirat… Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran… Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman… Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup… Ke jalan yang Engkau redhai… dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh….


Amin.. Ya Rabbal A’lamin.
"..Dihisai manusia dengan kecintaan kepada yang diingini, wanita, anak-anak, harta yang banyak terdiri dari emas dan perak, kuda pilihan, binatang ternakan dan tanaman. Semua itu hanya kesenangan hidup di dunia saja. Di sisi Allah adalah sebaik-baik tempat kembali (syurga)." (surah Ali-Imran:14)
~ Cinta itu indah, cinta itu cantik dan cinta itu molek # cinta itu adalah kurniaan Illahi yang sangat hebat nilainya ~
*# mudah-mudahan disatukan dengan ikatan janji yang bersulamkan iman serta taqwa #*