Wednesday, January 2, 2013

setia hujung nyawa

Assalamualaikum
selamat pagi..ceriakan pagi anda dgn senyuman dan zikrullah :) 

korang ada x watching slot Akasia TV3 jam 7 petang.."setia hujung nyawa"  ..memang best kan, dahku tonton dr awal episod sampai la ni, balik keje cepat2 ngadap depan TV, no more siaran lain..hehehek..actually setia hujung nyawa ni adalah sebuah novel dan diadaptasikan menjadi slot akasia 28 episod. sinopsis dr kulit novel tersebut dapat menarik hati dan minat pembaca mengetahui dengan lebih mendalam kisah tersebut..sebagaimana sinopsisnya such as :

Pengantin perempuan lari? Zain Hakimi panasaran. Seseorang perlu menggantikan tempat Sofea demi maruah keluarga. Datin Adibah kalut mencari bakal menantu bidan terjunnya. Kala terpandang Ersalina Imani, hatinya terus terpaut. Gadis itu segera dilamar. Haliza menerima lamaran untuk anak gadisnya atas sebab tertentu. Juga demi menyelamatkan maruah keluarga. Ersalina terpaksa rela. Dia dinikahi Zain yang langsung tidak mencintainya. Namun, status isteri membuahkan kasih yang bukan sedikit.

Zain cuba menyemai cinta untuk si isteri. Apatah lagi Ersalina terlalu baik melayaninya. Lalu, kasihnya melimpah di hati. Kala berhasrat menyambut cinta Ersalina, isterinya disahkan mengandung. Sedangkan dia belum pernah menyentuh isterinya itu. Kepedihan ini amat dalam lukanya. Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Sewajarnya hukuman ini diterima kerana memang dia bersalah. Tekadnya untuk setia pada Zain takkan dicalar walau apa pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga ke hujung nyawa.

" aku hanya ingin bersamamu kerana aku telah terlanjur mencintaimu"



waktu nikah..terkezutt..u ols..hehe :)

orite..tu je dpt dahku bg tau..n dahku nk suggest kat korang lau nk tau kisah lanjut dlm novel tu ley la terus ke link ni http://eizzara-eizzaty.blogspot.com ..kat sni blogger ada update ttg kisah2 menarik dalam novel..happy ending :)

No comments:

Post a Comment