Thursday, May 3, 2012

6 soalan Imam Al-Ghazali

Assalamualaikum
selamat petang  ..sedikit perkongsian di petang yang cerah ini..
tentang 6 soalan yang ditujukan kepada murid oleh iman Al-Ghazali

1) apa yang paling dekat dengan kita
->> paling dekat dgn kita adalah 'MATI '
->> sebab itu janji Allah s.w.t bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati

2) Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?
->> yang paling jauh dari kita di dunia ini adalah 'MASA LALU'
->> bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak boleh kembali ke masa lalu. oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dgn perbuatan yang sesuai dgn ajaran agama.

3) Apa yang paling besar di dunia ini?
->> apa yang paling besar di dunia ini adalah ' NAFSU '
>> nafsu menguasai diri, menyebabkan manusia gagal menggunakan akal, mata, telinga dan hati yang di kurniakan oleh Allah s.w.t untuk hidup berlandaskan kebenaran.

4) Apa yang paling berat di dunia ini?
>> yang paling berat di dunia ini adalah ' MEMEGANG AMANAH '
>> "sesungguhnya kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (kami) kepada langit dan bumi serta gunung ganang (untuk memikulnya) maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pd mereka persediaan untuk memikulnya) dan pada ketika itu manusia dgn persediaan yang ada padanya sanggup memikulnya. Ingatlah sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukab kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut di kerjakan" (surah Al-Ahzab 72)

5) Apa yang paling ringan di dunia ini?
>> paling ringan di dunia ini adalah ' MENINGGALKAN SOLAT '
>>gara-gara pekerjaan, meeting , kita tinggalkan solat..jangan sesekali lakukan..
walau sesibuk mana pn urusan dunia ini, ambillah waktu menunai solat..dahulukan yang wajib

6) Apa yang paling tajam di dunia ini ?
>> paling tajam di dunia ini adalah ' LIDAH '
>> kerana lidah, manusia dgn begitu mudah menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri

selamat membaca C:
jika ada kekuranga sila komen 

No comments:

Post a Comment