Monday, May 14, 2012

hukum meniup lilin

Assalamualaikum


bulan lepas, mungkin sudah lama berlalu namun sy masih tercari-cari jawapannya..dimanakah??
syukur alhamdulillah dapat juga mengumpul sebahagian jawapan terhadap soalan yang ditujukan oleh adik lelaki sy roszaihan @ abg an..
bersempena dgn hari lahir adik perempuan sy, sy n along membeli kek, ketika itu sy skdr menyalakan api pd lilin tersebut sbgai kejutan la konon2..hehe, tapi payung sbgai hiasan terbakar..hehe, maafkan kak ani ye madiha, dan adik laki sy mula bersuara.."kak ani, mn boleh nyalakan api..cepat2 padam, mne elok la kak ani, ustazah kita kata x boleh" and i said.."oh..i c, ok fine" then after that he ask me " kak ani, why? apa hukumnya nyalakan dan meniup api ketika menyambut hari jadi?" n i said " membazir la abg an"
tapi sy masih konpiuses, then cari jawapan , sy berkongsi dgn anda..
bagi yang suka menyambut hari lahir mari kita baca artikel tersebut :

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم..الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين

Hukum menyambut hari jadi dan hukum meniup lilin

Maka jawabnya berdasarkan beberapa orang ulama’ kitab-kitab terbaru (ulama’-ulama’ yang lama tidak menyebut tentang perkara hari jadi ini) diantaranya seorang ulama’ besar di Universiti al-Azhar melalui kitabnya ‘yas a luu naka fiddin’ hukumnya bida’ah yang harus.

Bida’ah kerana tiada contoh yang dibuat pada zaman Nabi Muhammad S.A.W. . Harus pula kerana tiada ayat, nas atau hadis yang melarang menyambut hari jadi maka harus asalkan biarlah dengan cara yang tidak bercanggah dengan Islam.

Hukum meniup lilin ini adalah haram kerana amalan ini tiada dalam agama lain melainkan agama kristian. Barangsiapa yang mengikut satu adab yang lazim untuk sesuatu kaum sahaja maka termasuk kaum itu.

Setengah ulama’ mengatakan boleh buat kek tetapi tidak boleh tiup lilin dan bernyanyi. Sebaiknya berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. . Sesiapa yang berselawat ke atas atasku (Nabi Muhammad S.A.W. ) sekali maka Allah akan mengampunkannya sebanyak 10 kali dosa-dosanya.

Bersyukurlah kerana Allah masih memberikan kita peluang untuk hidup bukannya bergembira sedangkan semakin banyak hari jadi yang kita sambut untuk diri kita semakin tua umur kita dan semakin dekat kita dengan hari kematian kita maka patutkah kita bergembira, bertepuk tangan atau seumpamanya?

Sumber: Al-Azhar Ad Din

No comments:

Post a Comment