Saturday, May 26, 2012

pertemuan suprise !!

Assalamualaikum


sebuah pertemuan membawa kepada sebuah perkenalan, perkenalan yang berpanjangan belum tentu menemui perkahwinan, 
pertemuan pertama bukan bermaksud dia jodoh kita, namun setelah diijab kabulkan ternyata ia adalah pertemuan,
sukar untuk mengagak sebuah pertemuan jika pertemuan itu bukan ketentuanNya, dan bukan urusan kita menyatakan pertemuan dan perkenalan itu jodoh kita kerana itu urusan Allah s.w.t
pertemuan mahupun perkenalan yang lama, tidak menjanjikan pengakhiran yang manis, namun setelah di ijab kabulkan ia dapat menyatakan pertemuan dan perkenalan yang manis.

ternyata jodoh itu adalah pertemuan yang suprise, kerana di akhiri dengan gerbang perkahwinan
pertemuan yang suprise ini membuahkan rasa cinta yang suprise bila mana becinta selepas kahwin merasakan " kebahagiaan ini ana yang punya " walau bagaimanapun kebahagiaan itu sntiasa di redhai bila perkahwinan itu di restui dan di redhai
setelah rasa cinta disemai, maka akan bertindak balas dgn keakraban sebuah persefahaman, sebuah kerinduan,  bersimpul tali kasih sayang yang diikat kuat dengan rasa cinta kepada Allah s.w.t, barulah hidup ini saling memerlukan antara satu sama lain dan bahagia 
sukar menyatakan setiap perasaan bahagia itu dgn kata-kata
kerana seseorang itu sntiasa berkata-kata dalam denyutan nadinya
hati nya yang semakin bercahaya
raut wajahnya bersinar-sinar
itu lah pertemuan yang di nanti sekian lama menyapa
pertemuan yang memberi seribu satu makna setiap saat dan minit
setiap pagi, siang, petang dan malam
setiap subuh, zohor, asar, maghrib dan isyak
di awal pertemuan dan di akhir pertemuan
inilah pertemuan suprise dari Allah s.w.t

selamat membaca
salam rindu fillahi buat sahabat-sahabat C:


No comments:

Post a Comment