Monday, May 21, 2012

REJAB

Assalamualaikum



Tahukah anda pada MALAM INI ... Isnin 21 Mei 2012...

Adalah malam 1 Rejab.. Imam Syafiie rahimahullah berkata, ada 5 malam dalam setahun, ALLAH SWT bukakan pintu langit, salah satunya adalah malam 1 Rejab..

Jadi,perbanyakkan doa mudah-mudahan ALLAH ampunkan dosa kita, memakbulkan doa kita pada malam 1 Rejab.. Perbanyakkan Istighfar..
DAN 


bulan rejab merupakan salah satu dari bulan-bulan Haram di dalam islam


Alla berfirman " Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya , dan ketahuilah bahawasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa." (QS At-Taubah :36 )
Bulan haram yang dihormati itu ialah : Zulkaedah, Zuhijjah, Muharam dan Rejab


Umat Islam dilarang berperang dalam bulan-bulan ini kecuali jika mereka diugut.


Al Allamah Ibnu Hajar menulis, telah meriwayatkan oleh Abi Daud bahawa Nabi s.a.w memandubkan (yakni  Sunat) berpuasa di bulan-bulan Haram.


Berpuasa dalam bulan Rejab adalah digalakkan tetapu tiada satu hadis sahih yang membuktikan bahawa berpuasa pada hari-hari tertentu dalam bulan Rejab akan mendapat ganjaran istimewa.


Diriwayatkan daripada Sayyiduna Anas bin Malik RA beliau berkata : Adalah Rasulullah s.a.w apabila telah masuk bulan Rejab, Baginda s.a.w berdoa: Ya Allah Ya Tuhan kami, limpahilah berkat kepada kami pada bulan Rejab dan Sya'ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan. (HR Imam Ahmad, ath-Thabarani dan lain-lain )

No comments:

Post a Comment