Assalamualaikum
tghari semua.. C:
sedikit perkongsian hari ini mengenai bertunang, disiplin dan adat..sape pernah bertunang, dan sesiapa akan bertunang pasti mengetahui bhw pertunangan itu bukan tiket untuk bebas melakukan apa sahaja
saya nak kenal awak dgn lebih lagi,, memang hati sy dah terpikat, tapi kalu boleh sy xnak kita guna shortcut ke neraka, sy nk guna shortcut ke syurga..sy xnak psgn hidup sy keneraka..sy nak kita sama2 ke syurga, tapi kan awak mesti terkejut kenyataan sy..sy cme nk eratkan hubungan dan perkenalan antara kita dan keluarga..tapi awak cmne ye???? =.=
awak..awak ..kita BERTUNANG
apa itu bertunang? disiplin dan adat ?
Pertunangan merupakan mukadimah kepada perkahwinan. Ianya diharuskan didalam islam bagi memberi peluang kepada si lelaki atau perempuan untuk mengenali pasangan masing -masing dengan lebih dekat lagi.
Tempoh pertunangan ini juga merupakan masa bagi seseorang itu untuk membenihkan roh persefahaman ikatan kasih sayang dengan pasangan masing -masing ke arah melahirkan sebuah mahligai keluarga yang bahagia.
Walaubagaimanapun disana terdapat tatasusila atau batas- batas terhadap perhubungan ini ,yang di katakan sebagai adab-adab bertunangan (ianya melibatkan kedua- dua belah pihak samada lelaki atau perempuan) .
Antara adab-adab semasa bertunangan boleh dibahagikan kepada 2 bahagian :
Adab dalam bergaul
Maksud pergaulan disini ialah pertemuan, perbincangan atau hubungan secara langsung antara si lelaki atau perempuan dengan tunangan masing -masing :
1 . Setiap pertemuan atau perbincangan itu hendaklah ditemani oleh mahram (si perempuan ). Seboleh-bolehnya pertemuan itu diadakan di rumah si perempuan
2 . Tidak diharuskan duduk berdua-duaan. Ingatlah hadis Rasulullah :" Tidaklah seorang lelaki itu bersendirian dengan wanita malainkan ada orang yang ketiga iaitu syaitan. "
3 . perbincangan itu mestilah sunyi daripada unsur nafsu dan syahwat.
4 . Dalam keadaan menutup aurat sebagaimana yang telah digariskan oleh agama islam . dan harus dingatkan bahawa aurat diantara keduanya adalah sama dengan aurat perempuan dengan lelaki ajnabi (muhram) hanya sekadar muka dan dua tangan sahaja.
5 . Bagi pihak perempuan, janganlah bercakap terlalu manja dan menggoda. Sementara bagi lelaki janganlah merasakan bahawa telah mendapat milik mutlak dan boleh melakukan
apa saja.
apa saja.
Kesimpulanya sebarang tindakan yang boleh menimbulkan fitnah ,syak wasangka atau boleh membawa kepada berlakunya perkara maksiat maka ianya tidak diharuskan .
Tempoh pertunangan
Pada hakikatnya islam menggalakkan agar tempoh pertunangan itu disingkatkan ,ianya bagi mengelakakn daripada berlakunya sebarang fitnah atau berlaku perkara-perkara yang tidak didugai dan ulama sendiri tidak menetapkan tempoh tertentu pertungan, cuma rata-rata mereka lebih cenderung untuk memendekan tempoh. Disini saya sendiri cenderung kepada mempercepatkan perkahwinan kerana:
1 . Dalam tempoh pertunangan yang lama , dibimbangi tersingkapnya keaiban pasangan yang boleh membawa putusnya hubungan pertungan dan kemungkinan juga ada orang yang menaruh perasaan dengki kepada pasngan dan menabur fitnah yang tidak ada benarnya yang boleh membawa padah pasanga itu sendiri.
2 . Tempoh yang lama mungkin memberi peluang kepada orang lain yang mungkin ada menaruh hati kepada salah satu pasangan dan berusaha untuk memisah antara keduanya .
3 . Di bimbangi kedua pasangan banyak melakukan dosa disepanjang tempoh pertunangan dengan kerapnya mengadaka pertemuan yang tak syarie. Susah untuk menjaga batas aurat dan syarat dimani oleh Muhram.
4 . Lebih menenangkan gelodak jiwa dan perasaan rindu yang boleh mengganggu prestasi pelajaran dan juga kerja.
" Apabila salah seorang daripada kamu bertunang, maka jika sekiranya dia boleh melihat wanita itu hingga membawa kepada kehendak atau kemahuan untuk berkahwin, maka lakukanlah!" (HR. Abu Daud)
info lanjut boleh ke bertunang
No comments:
Post a Comment